Nuffnangku...
Jumaat, 30 Disember 2011
Selasa, 20 Disember 2011
Rindu sangat....♥♥♥
Selamat pagi Selasa buat teman2 blog aku yang tak seberapa ni..Alhamdulillah..semoga semuanya berjalan seperti biasa hendaknya..sebenarnya aku takde apa2 yang nak di ceritakan lagi cuma nak bagitahu yang aku rindu sangat pada seseorang...hehe...korang jangan ingat lain pulak ye...sebenarnya aku rindu kat anak buah aku 2 orang ni sbb lama sangat aku tak balik sana(Kepong),last jumpa pun masa raya haji hari tu...sekarang anak buah aku yang no.2 tu,tahun depan dah nak masuk darjah satu...
*
*
*
*
*
ni la gambar anak buah aku yang pertama dan kedua...yang kedua tulah paling tembam sekali..mak ngah rindu kat korang tau...
*
*
*
*
yang ni pulak gambar yang tak pernah blah....hahahaha......
Isnin, 12 Disember 2011
Lagu Shahir Terbaru...
Selamat petang semua...Korang dah dengar lagu Shahir yang terbaru,lagu ni bestla jugak nak dengar..leh layan segala perasaan yang ada...hehe...Okla ni lirik lagu dia ye...Oppsss...lupe aku nak bagitahu nama tajuk lagu tersebut ialah Pendam..hikhh..hikhh...
Lirik Lagu Pendam -Shahir
Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta
Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta
Rabu, 7 Disember 2011
Suke2 Citer
Alhamdulillah...akhirnya aku masih hidup dan berada di bumi yang indah ini lagi..salam penuh keceriaan wat kengkawan ku disini...hari ni dah 7hb Disember 2011..tak lama lagi tahun 2012 akan tiba dan semua orang akan menyambutnya.Bagi aku apa yang aku inginkan untuk tahun baru ini semoga hidupku bahagia dan ceria hendaknya...Amin
layankan jela gambar anakku Maisarah dengan sepupunya..sekarang ni pun sarah jarang berposing..bila aku nak tangkap je gambar, dia cepat2 je lari...rasanya ni ajelah yang terbaru kot...
Khamis, 24 November 2011
Alamak TOYOL...=)
Petang semua...lagi 15min aku nak balik dah..sambil tu aku nak update sikit citer yang aku tengok hari ni..kelakar giler...ada gak toyol yang bodoh cam ni ek...sorryla...korang tahu tak citer apa yang aku tengok,memang betul2 lawak gak...dahla hari ni aku rasa bosan sesangat..layan ajelah `Alamak Toyol'...
Ni sipnosis citer tersebut :
Sinopsis Alamak Toyol:- Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.
Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.
Pengarah: Ismail bob Hashim
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd
Isnin, 21 November 2011
Kenapa Isteri sekarang suka curang
Pagi Semua...tajuk aku hari ini takleh bla...."Kenapa ramai Isteri sekarang suka curang"..aku juga seorang isteri dan seorang ibu,kurang faham keadaan sekeliling yang sekarang telah banyak berubah,melihat dari seorang perempuan yang bernama isteri yang sopan dan lemah lembut,sanggup curang dengan lelaki yang bernama suami hanya kerana seorang suami yang kurang melayan karenahnya,seorang suami yang bengis dan juga kurang melayan kehendak naluri batinnya....dah banyak aku dengar cerita2 tersebut...adakah kesalahan itu datangnya dari seorang isteri atau adakah kesalahan itu dari seorang suami..?????
Kaum wanita sekarang bukan seperti wanita zaman dahulu yang hanya duduk terperosok di dapur je..wanita sekarang pandai menjaga body,kecantikkan dan segala2nya hanya untuk menjaga karier mereka dan yang penting imej mereka..walaupun sudah ramai anak tapi badan tetap slim dan menggiurkan lagi...okla dari aku melalut yang bukan2 ...bagi kengkawan yang nak tahu kenapa isteri suka curang,kita baca sumber yang aku perolehi ini,harap semua faham dan aku tak berani nak komplen apa2 sebab aku pun seorang perempuan,isteri dan juga seorang ibu...
Kalau 15 tahun dulu, isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30
kes. Tapi kebelakangan ini; kes isteri curang boleh berlaku antara 5-6
daripada 10 kes. Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang.
Sejauhmana curangnya pasangan? Sekadar berkawan? Bercinta? Atau dah
bersama di tempat tidur? Bagi suami/lelaki, kalau sekadar berkawan atau
bercinta; bagi saya masih belum boleh dikatakan curang.
Berbeza
dengan isteri/wanita; syarak mengharamkan isteri menyimpan rasa suka
apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami. Jika isteri bercinta
dengan lelaki lain; isteri ini boleh dikategorikan sebagai curang; tak
kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab.
Kalau suami gagal laksana tanggungjawab yang sebabkan isteri beralih
kasih, isteri perlu keluar dari perkahwinan dan bukan dengan bertindak
curang kepada suami. Islam tentukan, isteri perlu hormatkan suami walau
dalam apa juga keadaan. Jika tak mampu hormat, keluarlah dari
perkahwinan secara terhormat.
Berdasarkan kes yang berlaku; tiga punca berlakunya isu pasangan curang, tak kira isteri atau suami.
• Cuba-cuba
o
Ada individu yang sekadar nak ‘test market’, nak tau samada dirinya
masih berharga tinggi atau sebaliknya. Bermula hanya cuba-cuba, dah
berjaya maka hati akan berbunga seterusnya hubungan kawan akan
berpanjangan menjadi pasangan istimewa.
• Simpati berlebihan
o
Ada yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian
hidup masing-masing. Simpati bertukar kasihan hingga sanggup berkorban
apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kasih hingga lupa status
sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan
diberikan perhatian.
• Balas dendam
o
Ada juga kes berpunca daripada balas dendam. Saya pernah kendalikan
satu kes awal tahun ini; seorang isteri dibelasah oleh suami dengan
getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas)
gara-gara pecah rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain disebabkan
isteri sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar pasangan.
Di
samping tiga faktor pendorong ini; sebab utama ialah kerana tiada niat
yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud
bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan
sama-sama juga perbaiki diri demi keharmonian rumahtangga. Niat yang
ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh
mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk
memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan
melakukan kesilapan yang sama.
Seorang yang
ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan redha dan percaya; kesilapan yang
dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan
perlu berusaha utk membetulkan kesilapan pasangan. Andai gagal dibantu
setelah usaha dan doa dilakukan, jalan terbaik ialah keluar daripada
perkahwinan dan bukan turut serta mengulangi kesilapan pasangan yang
hakikatnya akan mendatangkan lebih banyak keburukan kepada perkahwinan
malah kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak, jika ada.
Sebagai
langkah pencegahan; perkara paling penting ialah bersikap berterus
terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada. Rata-rata
isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain
yg lebih memahami atau lebih bersikap melindungi. Sebaiknya, bila isteri
rasakan ada yg kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang
dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada
dalam situasi yang sama. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan,
ikhtiarkan dan usahakan jalan penyelesaian.
Jangan
sewenangnya mendabik dada bangga inilah anda, tak boleh nak ubah atau
persoalkan pula kenapa nak ubah sebab itu sikap anda dan sebagainya. Tak
salah ubah sikap diri jika ia baik untuk perkahwinan dan rumahtangga.
Sikap pula, berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik dan
bukan sebaliknya. Menerima pasangan seadanya bukan bererti perlu terima
kelemahan yg tak perlu dan kelemahan itu pula yg boleh dibaiki. Menerima
seadanya bermaksud terima dirinya dan usahakan yang terbaik bagi
membantu atasi kelemahan masing-masing.
Sumber yang aku peroleh Di sini
Rabu, 16 November 2011
Sudah Sihat ma....
As salam dan selamat pagi wat kengkawan semua...alhamdulillah..aku sihat dari segala penyakit , dan masalah mata ku yang sakit pun dah ok...lega rasanya setelah beberapa hari badan yang tidak bermaya ni bersemangat dan bangun semula dan boleh melakukan banyak kerja,betapa seronoknya aku rasakan....harap-harap aku tidak sakit dan terduduk lagi...
Untuk pengetahuan kengkawan, sejak-sejak akhir ini badanku terasa lemah sangat,jalan pun rasa nak pitam..muka asyik pucat je selalu dan sekarang ni aku rasa dah bersemangat semula..alhamdulillah..semoga aku sihat selalu hendaknya...
OK lah..aku nak jenguk blog kengkawan pulak dan insyaallah aku akan tinggalkan jejak di blog kengkawan semua maklumlah aku pun dah lama tak berblog...takut gak kengkawan tak kenal dah aku ni..huhuu...
Untuk pengetahuan kengkawan, sejak-sejak akhir ini badanku terasa lemah sangat,jalan pun rasa nak pitam..muka asyik pucat je selalu dan sekarang ni aku rasa dah bersemangat semula..alhamdulillah..semoga aku sihat selalu hendaknya...
OK lah..aku nak jenguk blog kengkawan pulak dan insyaallah aku akan tinggalkan jejak di blog kengkawan semua maklumlah aku pun dah lama tak berblog...takut gak kengkawan tak kenal dah aku ni..huhuu...
Langgan:
Catatan (Atom)