Pagi Semua...tajuk aku hari ini takleh bla...."Kenapa ramai Isteri sekarang suka curang"..aku juga seorang isteri dan seorang ibu,kurang faham keadaan sekeliling yang sekarang telah banyak berubah,melihat dari seorang perempuan yang bernama isteri yang sopan dan lemah lembut,sanggup curang dengan lelaki yang bernama suami hanya kerana seorang suami yang kurang melayan karenahnya,seorang suami yang bengis dan juga kurang melayan kehendak naluri batinnya....dah banyak aku dengar cerita2 tersebut...adakah kesalahan itu datangnya dari seorang isteri atau adakah kesalahan itu dari seorang suami..?????
Kaum wanita sekarang bukan seperti wanita zaman dahulu yang hanya duduk terperosok di dapur je..wanita sekarang pandai menjaga body,kecantikkan dan segala2nya hanya untuk menjaga karier mereka dan yang penting imej mereka..walaupun sudah ramai anak tapi badan tetap slim dan menggiurkan lagi...okla dari aku melalut yang bukan2 ...bagi kengkawan yang nak tahu kenapa isteri suka curang,kita baca sumber yang aku perolehi ini,harap semua faham dan aku tak berani nak komplen apa2 sebab aku pun seorang perempuan,isteri dan juga seorang ibu...
Kalau 15 tahun dulu, isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30
kes. Tapi kebelakangan ini; kes isteri curang boleh berlaku antara 5-6
daripada 10 kes. Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang.
Sejauhmana curangnya pasangan? Sekadar berkawan? Bercinta? Atau dah
bersama di tempat tidur? Bagi suami/lelaki, kalau sekadar berkawan atau
bercinta; bagi saya masih belum boleh dikatakan curang.
Berbeza
dengan isteri/wanita; syarak mengharamkan isteri menyimpan rasa suka
apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami. Jika isteri bercinta
dengan lelaki lain; isteri ini boleh dikategorikan sebagai curang; tak
kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab.
Kalau suami gagal laksana tanggungjawab yang sebabkan isteri beralih
kasih, isteri perlu keluar dari perkahwinan dan bukan dengan bertindak
curang kepada suami. Islam tentukan, isteri perlu hormatkan suami walau
dalam apa juga keadaan. Jika tak mampu hormat, keluarlah dari
perkahwinan secara terhormat.
Berdasarkan kes yang berlaku; tiga punca berlakunya isu pasangan curang, tak kira isteri atau suami.
• Cuba-cuba
o
Ada individu yang sekadar nak ‘test market’, nak tau samada dirinya
masih berharga tinggi atau sebaliknya. Bermula hanya cuba-cuba, dah
berjaya maka hati akan berbunga seterusnya hubungan kawan akan
berpanjangan menjadi pasangan istimewa.
• Simpati berlebihan
o
Ada yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian
hidup masing-masing. Simpati bertukar kasihan hingga sanggup berkorban
apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kasih hingga lupa status
sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan
diberikan perhatian.
• Balas dendam
o
Ada juga kes berpunca daripada balas dendam. Saya pernah kendalikan
satu kes awal tahun ini; seorang isteri dibelasah oleh suami dengan
getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas)
gara-gara pecah rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain disebabkan
isteri sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar pasangan.
Di
samping tiga faktor pendorong ini; sebab utama ialah kerana tiada niat
yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud
bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan
sama-sama juga perbaiki diri demi keharmonian rumahtangga. Niat yang
ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh
mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk
memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan
melakukan kesilapan yang sama.
Seorang yang
ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan redha dan percaya; kesilapan yang
dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan
perlu berusaha utk membetulkan kesilapan pasangan. Andai gagal dibantu
setelah usaha dan doa dilakukan, jalan terbaik ialah keluar daripada
perkahwinan dan bukan turut serta mengulangi kesilapan pasangan yang
hakikatnya akan mendatangkan lebih banyak keburukan kepada perkahwinan
malah kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak, jika ada.
Sebagai
langkah pencegahan; perkara paling penting ialah bersikap berterus
terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada. Rata-rata
isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain
yg lebih memahami atau lebih bersikap melindungi. Sebaiknya, bila isteri
rasakan ada yg kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang
dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada
dalam situasi yang sama. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan,
ikhtiarkan dan usahakan jalan penyelesaian.
Jangan
sewenangnya mendabik dada bangga inilah anda, tak boleh nak ubah atau
persoalkan pula kenapa nak ubah sebab itu sikap anda dan sebagainya. Tak
salah ubah sikap diri jika ia baik untuk perkahwinan dan rumahtangga.
Sikap pula, berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik dan
bukan sebaliknya. Menerima pasangan seadanya bukan bererti perlu terima
kelemahan yg tak perlu dan kelemahan itu pula yg boleh dibaiki. Menerima
seadanya bermaksud terima dirinya dan usahakan yang terbaik bagi
membantu atasi kelemahan masing-masing.
Sumber yang aku peroleh Di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan