Sejak dua menjak ni,my daughter iaitu Maisarah asyik buat hal dan meragam sesaje..aku pun tak tahu kenapa dia asyik nak buat perangai yang kadangkala bikin kepala aku sakit sangat,sampai aku boleh naik meroyan di buatnya..
tadi aku ada cerita kat kawan sepejabat mengenai perangai anak aku sekarang..dema kata kalau anak asyik meragam mungkin perut kamu tu dah ada isi(oopppss..bukan isi lemak2 ye tapi isinya baby)kalau lah ada, alhamdulillah sesangat sebab tuhan telah memakbulkan doaku ini...Sekarang ni pun,aku tengah menunggu bilalah boleh mengandung lagi,kesiankan sarah tu sorang2 takde kawan..kalau ada adik mungkin dia tak senakal dan semanja sekarang kot..mungkin jugak dia dah boleh menjaga adiknya sendiri elok2...owhh...begitu besar harapanku inikan...?
Walau senakal manapun sarah,aku tetap melayan karenahnya itu,sebab bila aku melihat mukanya..hilang rasa letih dan penat aku bekerja seharian,tanpa Maisarah mungkin aku tak tahu apa yang akan terjadi dalam hidup aku ini..
tengoklah gelagatnya tu...air nak pegang sendiri... |
sibuk nak bg anak buahku yang kecik tu air... |
nak bercium pulak...haha.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan