Pagi Semua...tajuk aku hari ini takleh bla...."Kenapa ramai Isteri sekarang suka curang"..aku juga seorang isteri dan seorang ibu,kurang faham keadaan sekeliling yang sekarang telah banyak berubah,melihat dari seorang perempuan yang bernama isteri yang sopan dan lemah lembut,sanggup curang dengan lelaki yang bernama suami hanya kerana seorang suami yang kurang melayan karenahnya,seorang suami yang bengis dan juga kurang melayan kehendak naluri batinnya....dah banyak aku dengar cerita2 tersebut...adakah kesalahan itu datangnya dari seorang isteri atau adakah  kesalahan itu dari seorang  suami..?????
Kaum wanita sekarang bukan seperti wanita zaman dahulu yang hanya duduk terperosok di dapur je..wanita sekarang pandai menjaga body,kecantikkan dan segala2nya hanya untuk menjaga karier mereka dan yang penting imej mereka..walaupun sudah ramai anak tapi badan tetap slim dan menggiurkan lagi...okla dari aku melalut yang bukan2 ...bagi kengkawan yang nak tahu kenapa isteri suka curang,kita baca sumber yang aku perolehi ini,harap semua faham dan aku tak berani nak komplen apa2 sebab aku pun seorang perempuan,isteri dan juga seorang ibu...
Kalau 15 tahun dulu, isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30
 kes. Tapi kebelakangan ini; kes isteri curang boleh berlaku antara 5-6 
daripada 10 kes. Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang. 
Sejauhmana curangnya pasangan? Sekadar berkawan? Bercinta? Atau dah 
bersama di tempat tidur? Bagi suami/lelaki, kalau sekadar berkawan atau 
bercinta; bagi saya masih belum boleh dikatakan curang. 
Berbeza
 dengan isteri/wanita; syarak mengharamkan isteri menyimpan rasa suka 
apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami. Jika isteri bercinta 
dengan lelaki lain; isteri ini boleh dikategorikan sebagai curang; tak 
kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab.
 Kalau suami gagal laksana tanggungjawab yang sebabkan isteri beralih 
kasih, isteri perlu keluar dari perkahwinan dan bukan dengan bertindak 
curang kepada suami. Islam tentukan, isteri perlu hormatkan suami walau 
dalam apa juga keadaan. Jika tak mampu hormat, keluarlah dari 
perkahwinan secara terhormat. 
Berdasarkan kes yang berlaku; tiga punca berlakunya isu pasangan curang, tak kira isteri atau suami. 
• Cuba-cuba 
o
 Ada individu yang sekadar nak ‘test market’, nak tau samada dirinya 
masih berharga tinggi atau sebaliknya. Bermula hanya cuba-cuba, dah 
berjaya maka hati akan berbunga seterusnya hubungan kawan akan 
berpanjangan menjadi pasangan istimewa. 
• Simpati berlebihan 
o
 Ada yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian
 hidup masing-masing. Simpati bertukar kasihan hingga sanggup berkorban 
apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kasih hingga lupa status 
sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan 
diberikan perhatian. 
• Balas dendam 
o
 Ada juga kes berpunca daripada balas dendam. Saya pernah kendalikan 
satu kes awal tahun ini; seorang isteri dibelasah oleh suami dengan 
getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas) 
gara-gara pecah rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain disebabkan 
isteri sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar pasangan. 
Di
 samping tiga faktor pendorong ini; sebab utama ialah kerana tiada niat 
yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud 
bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan
 sama-sama juga perbaiki diri demi keharmonian rumahtangga. Niat yang 
ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh 
mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk 
memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan 
melakukan kesilapan yang sama. 
Seorang yang 
ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan redha dan percaya; kesilapan yang
 dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan 
perlu berusaha utk membetulkan kesilapan pasangan. Andai gagal dibantu 
setelah usaha dan doa dilakukan, jalan terbaik ialah keluar daripada 
perkahwinan dan bukan turut serta mengulangi kesilapan pasangan yang 
hakikatnya akan mendatangkan lebih banyak keburukan kepada perkahwinan 
malah kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak, jika ada. 
Sebagai
 langkah pencegahan; perkara paling penting ialah bersikap berterus 
terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada. Rata-rata 
isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain 
yg lebih memahami atau lebih bersikap melindungi. Sebaiknya, bila isteri
 rasakan ada yg kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang
 dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada 
dalam situasi yang sama. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, 
ikhtiarkan dan usahakan jalan penyelesaian. 
Jangan
 sewenangnya mendabik dada bangga inilah anda, tak boleh nak ubah atau 
persoalkan pula kenapa nak ubah sebab itu sikap anda dan sebagainya. Tak
 salah ubah sikap diri jika ia baik untuk perkahwinan dan rumahtangga. 
Sikap pula, berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik dan 
bukan sebaliknya. Menerima pasangan seadanya bukan bererti perlu terima 
kelemahan yg tak perlu dan kelemahan itu pula yg boleh dibaiki. Menerima
 seadanya bermaksud terima dirinya dan usahakan yang terbaik bagi 
membantu atasi kelemahan masing-masing. 
Sumber yang aku peroleh Di sini 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan