Nuffnangku...

Rabu, 21 Julai 2010

Masuk pertandingan memancing

Salam...bersua kembali ye...semalam aku cuti.tak pergi mana pun..cuma duduk kat rumah,melayan karenah anakku yang sorang tu..ni aku nak cerita pada hari sabtu lepas...yang mana aku masuk pertandingan memancing dekat tempat kerja anjuran Kelab Rekreasi..seronok sangat ..tapi takdelah aku dapat ikan...cuma dapat hadiah lucky draw je..hehehe...aku pergi dalam pukul 8.30 pagi sampai pukul 2.00 petang..lama jugakla nak tunggu,sorry ye..gambar tak sempat nak di rakam..actually, itulah kali pertama aku masuk pertandingan memancing..rasa kelakar sesangat...mana taknya nak baling tali pancing pun tak leh...habis sangkut kepala orang...ada kawan sampai tersangkut kat atas pokok..jenuh nak tarik..macam2 la sampai tak leh tahan perut nak ketawa....tapi yang pasti ianya amat menyeronokkan aku.Oklah petang nanti kalau ada masa aku sambung entry lagi...

3 ulasan:

mamalieyna berkata...

ohho memancing mmg best..teringat kenangan zaman kanak2..mancing kt bendang! ohho best sesangat! skrg ni takde makna nya nak layan mancing2 ni..huhu..

waah dpt lucky draw! lucky betul tu! ^_^

norihan berkata...

aah la iena....seronok jugak memancing ni rupanya...tapi yang tak tahan tu sebab nak baling tak berapa nak reti tu yang kelakar...habis kepala2 orang dia sapu...hehehe...kat bendang mesti dapat ikan puyu ye...

hayati yusof berkata...

hahhhaaahaa... ann, perli org ke, nasib ar ada pokok pulak salah tempat nk baling... tp seronok juga berbaloi ar juga dpt no.3... hehehe.. akan dtg nant kita msuk lg yerrkk...