Nuffnangku...

Jumaat, 30 Disember 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru  2012 buat teman-teman di blog kesayanganku ini,semoga Tahun Baru ini akan lebih bermakna buat teman semua............

Selasa, 20 Disember 2011

Rindu sangat....♥♥♥

Selamat pagi Selasa buat teman2 blog aku yang tak seberapa ni..Alhamdulillah..semoga semuanya berjalan seperti biasa hendaknya..sebenarnya aku takde apa2 yang nak di ceritakan lagi cuma nak bagitahu yang aku rindu sangat pada seseorang...hehe...korang jangan ingat lain pulak ye...sebenarnya aku rindu kat anak buah aku 2 orang ni sbb lama sangat aku tak balik sana(Kepong),last jumpa pun masa raya haji hari tu...sekarang  anak buah aku yang no.2 tu,tahun depan dah nak masuk darjah satu...

*


*

*


*



*

ni la gambar anak buah aku yang pertama dan kedua...yang kedua tulah paling tembam  sekali..mak ngah rindu kat korang tau...

*



*


*



*
yang ni pulak gambar yang tak pernah blah....hahahaha......

Isnin, 12 Disember 2011

Lagu Shahir Terbaru...



  
Selamat petang semua...Korang dah dengar lagu Shahir yang terbaru,lagu ni bestla jugak nak dengar..leh layan segala perasaan yang ada...hehe...Okla ni lirik lagu dia ye...Oppsss...lupe aku nak bagitahu nama tajuk lagu tersebut ialah Pendam..hikhh..hikhh...

Lirik Lagu Pendam -Shahir

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Rabu, 7 Disember 2011

Suke2 Citer

Alhamdulillah...akhirnya aku masih hidup dan berada di bumi yang indah ini lagi..salam penuh keceriaan wat kengkawan ku disini...hari ni dah 7hb Disember 2011..tak lama lagi tahun 2012 akan tiba dan semua orang akan menyambutnya.Bagi aku apa yang aku inginkan untuk tahun baru ini semoga hidupku bahagia dan ceria hendaknya...Amin


 layankan jela gambar anakku Maisarah dengan sepupunya..sekarang ni pun sarah jarang berposing..bila aku nak tangkap je gambar, dia cepat2 je lari...rasanya ni ajelah yang terbaru kot...

Khamis, 24 November 2011

Alamak TOYOL...=)

Petang semua...lagi 15min aku nak balik dah..sambil tu aku nak update sikit citer yang aku tengok hari ni..kelakar giler...ada gak toyol yang bodoh cam ni ek...sorryla...korang tahu tak citer apa yang aku tengok,memang betul2 lawak gak...dahla hari ni aku rasa bosan sesangat..layan ajelah  `Alamak Toyol'...

Ni sipnosis citer tersebut :

Sinopsis Alamak Toyol:- Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.
Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.


Pengarah: Ismail bob Hashim
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd

Isnin, 21 November 2011

Kenapa Isteri sekarang suka curang





Pagi Semua...tajuk aku hari ini takleh bla...."Kenapa ramai Isteri sekarang suka curang"..aku juga seorang isteri dan seorang ibu,kurang faham keadaan sekeliling yang sekarang telah banyak berubah,melihat dari seorang perempuan yang bernama isteri yang sopan dan lemah lembut,sanggup curang dengan lelaki yang bernama suami hanya kerana seorang suami yang kurang melayan karenahnya,seorang suami yang bengis dan juga kurang melayan kehendak naluri batinnya....dah banyak aku dengar cerita2 tersebut...adakah kesalahan itu datangnya dari seorang isteri atau adakah  kesalahan itu dari seorang  suami..?????
Kaum wanita sekarang bukan seperti wanita zaman dahulu yang hanya duduk terperosok di dapur je..wanita sekarang pandai menjaga body,kecantikkan dan segala2nya hanya untuk menjaga karier mereka dan yang penting imej mereka..walaupun sudah ramai anak tapi badan tetap slim dan menggiurkan lagi...okla dari aku melalut yang bukan2 ...bagi kengkawan yang nak tahu kenapa isteri suka curang,kita baca sumber yang aku perolehi ini,harap semua faham dan aku tak berani nak komplen apa2 sebab aku pun seorang perempuan,isteri dan juga seorang ibu...

Kalau 15 tahun dulu, isteri curang mungkin berlaku satu daripada 30 kes. Tapi kebelakangan ini; kes isteri curang boleh berlaku antara 5-6 daripada 10 kes. Perlu ada penerangan khusus tentang maksud curang. Sejauhmana curangnya pasangan? Sekadar berkawan? Bercinta? Atau dah bersama di tempat tidur? Bagi suami/lelaki, kalau sekadar berkawan atau bercinta; bagi saya masih belum boleh dikatakan curang.

Berbeza dengan isteri/wanita; syarak mengharamkan isteri menyimpan rasa suka apatah lagi rasa cinta kepada lelaki selain suami. Jika isteri bercinta dengan lelaki lain; isteri ini boleh dikategorikan sebagai curang; tak kira apa pun sebabnya termasuk kegagalan suami menunaikan tanggungjawab. Kalau suami gagal laksana tanggungjawab yang sebabkan isteri beralih kasih, isteri perlu keluar dari perkahwinan dan bukan dengan bertindak curang kepada suami. Islam tentukan, isteri perlu hormatkan suami walau dalam apa juga keadaan. Jika tak mampu hormat, keluarlah dari perkahwinan secara terhormat.

Berdasarkan kes yang berlaku; tiga punca berlakunya isu pasangan curang, tak kira isteri atau suami.

• Cuba-cuba
o Ada individu yang sekadar nak ‘test market’, nak tau samada dirinya masih berharga tinggi atau sebaliknya. Bermula hanya cuba-cuba, dah berjaya maka hati akan berbunga seterusnya hubungan kawan akan berpanjangan menjadi pasangan istimewa.

• Simpati berlebihan
o Ada yang bermula dengan simpati terutama apabila saling berkongsi ujian hidup masing-masing. Simpati bertukar kasihan hingga sanggup berkorban apa saja demi kawan dan akhirnya menjadi kasih hingga lupa status sebenar diri yang telah mempunyai insan yang wajib dikasihi dan diberikan perhatian.

• Balas dendam
o Ada juga kes berpunca daripada balas dendam. Saya pernah kendalikan satu kes awal tahun ini; seorang isteri dibelasah oleh suami dengan getah paip hingga melecur seluruh badan (bagai terkena air panas) gara-gara pecah rahsia si isteri tidur dengan lelaki lain disebabkan isteri sakit hati dengan sikap suami yang suka bertukar pasangan.

Di samping tiga faktor pendorong ini; sebab utama ialah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama juga perbaiki diri demi keharmonian rumahtangga. Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.

Seorang yang ikhlas dalam hubungan perkahwinan akan redha dan percaya; kesilapan yang dilakukan oleh pasangannya adalah sebagai ujian daripada Allah dan perlu berusaha utk membetulkan kesilapan pasangan. Andai gagal dibantu setelah usaha dan doa dilakukan, jalan terbaik ialah keluar daripada perkahwinan dan bukan turut serta mengulangi kesilapan pasangan yang hakikatnya akan mendatangkan lebih banyak keburukan kepada perkahwinan malah kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak, jika ada.

Sebagai langkah pencegahan; perkara paling penting ialah bersikap berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada. Rata-rata isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yg lebih memahami atau lebih bersikap melindungi. Sebaiknya, bila isteri rasakan ada yg kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, ikhtiarkan dan usahakan jalan penyelesaian.

Jangan sewenangnya mendabik dada bangga inilah anda, tak boleh nak ubah atau persoalkan pula kenapa nak ubah sebab itu sikap anda dan sebagainya. Tak salah ubah sikap diri jika ia baik untuk perkahwinan dan rumahtangga. Sikap pula, berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik dan bukan sebaliknya. Menerima pasangan seadanya bukan bererti perlu terima kelemahan yg tak perlu dan kelemahan itu pula yg boleh dibaiki. Menerima seadanya bermaksud terima dirinya dan usahakan yang terbaik bagi membantu atasi kelemahan masing-masing. 
 
 
 
Sumber yang aku peroleh Di sini

Rabu, 16 November 2011

Sudah Sihat ma....

As salam dan selamat pagi wat kengkawan semua...alhamdulillah..aku sihat dari segala penyakit , dan masalah mata ku yang sakit pun dah ok...lega rasanya setelah beberapa hari badan yang tidak bermaya ni bersemangat dan bangun semula dan boleh melakukan banyak kerja,betapa seronoknya aku rasakan....harap-harap aku tidak sakit dan terduduk lagi...
Untuk pengetahuan kengkawan, sejak-sejak akhir ini badanku terasa lemah sangat,jalan pun rasa nak pitam..muka asyik pucat je selalu dan sekarang ni aku rasa dah bersemangat semula..alhamdulillah..semoga aku sihat selalu hendaknya...
OK lah..aku nak jenguk blog kengkawan pulak dan insyaallah aku akan tinggalkan jejak di blog kengkawan semua maklumlah aku pun dah  lama tak berblog...takut gak kengkawan tak kenal dah aku ni..huhuu...

Isnin, 14 November 2011

Mood takde,mata pun sakit

Salam dan selamat pagi semuanya...mood di pagi isnin yang terlalu memboringkan,napelah mood ni selalu hilang dahla tu dengan mata aku yang sakit,lagi2la membuatkan mood semuanya hilang...arini kat tempat kerja aku ada buat kerja gotong royong tapi rasanya malasla nak buat dengan mata yang sakit,kepala pun da sakit..yang aku ingat nak tido je dan merehatkan diri ..ntahla sejak akhir-akhir ini badan ku terasa lemah sangat nak buat satu kerja pun tak boleh .semangat nak buat kerja pun rasanya da takde...hope aku tak ikut sangat dengan mood yang tengah melanda diri aku ini...
Lihat mataku yang bengkak dengan tepi2 nya yang gatal,sampai aku takleh nak buka mata rasanya...ingat balik keja ni nak g check..risau gak...

Jumaat, 11 November 2011

Kembali Lagi...

As salam dan selamat petang kengkawan yang ku rindui semua...rasanya dah berlapuk jugak blog aku ni setelah lama tak berbuka..al maklumlah..sejak akhir- akhir ini banyak benda yang perlu aku settlekan..dan sekarang rasanya bolehla sikit aku kembali berblog seperti dahulu...seronok pulak bila tengok kengkawan yang dulu ada anak sorang sekarang dah pun nak berdua..tahniah aku ucapkan...seronok sangat..oklah ada masa aku akan menulis blog tercintaku ini....
 Gambar aku ngan Maisarah....

Khamis, 7 April 2011

Gelagat Maisarah..

Sejak dua menjak ni,my daughter iaitu Maisarah asyik buat hal dan meragam sesaje..aku pun tak tahu kenapa dia asyik nak buat perangai yang kadangkala bikin kepala aku sakit sangat,sampai aku boleh naik meroyan di buatnya..

tadi aku ada cerita kat kawan sepejabat mengenai perangai anak aku sekarang..dema kata kalau anak asyik meragam mungkin perut kamu tu dah ada isi(oopppss..bukan isi lemak2 ye tapi isinya baby)kalau lah ada, alhamdulillah sesangat sebab tuhan telah memakbulkan doaku ini...Sekarang ni pun,aku tengah menunggu bilalah boleh mengandung lagi,kesiankan sarah tu sorang2 takde kawan..kalau ada adik mungkin dia tak senakal dan semanja sekarang kot..mungkin jugak dia dah boleh menjaga adiknya sendiri elok2...owhh...begitu besar harapanku inikan...?
Walau senakal manapun sarah,aku tetap melayan karenahnya itu,sebab bila aku melihat mukanya..hilang rasa letih dan penat aku bekerja seharian,tanpa Maisarah mungkin aku tak tahu apa yang akan terjadi dalam hidup aku ini..
tengoklah gelagatnya tu...air nak pegang sendiri...



sibuk nak bg anak buahku yang kecik tu air...

nak bercium pulak...haha....



Rabu, 6 April 2011

Apabila Harta di Pandang Tinggi

Sekadar untuk ingatan dan dikongsi bersama..

Insan Dan Kebahagiaan
Ust Dr Abdullah Yasin

      
(١) قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ.
(٢) قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ الْغِنَى كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْسِ.
(٣) قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ اَدَمَ: اَلْمَرْأةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ 
Terjemahan:
1.       Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]
2.       Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Bukanlah kekayaan itu karena banyak harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati.
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]
3.       Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Di antara kebahagiaan anak cucu Adam (manusia) ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad]
Uraian Al-Hadis:
Kebahagiaan adalah menjadi impian bagi semua makhluk insan tanpa mengira derjat. Apakah dia seorang raja atau hamba sahaya, apakah ia orang yang tinggal di kota atau di dusun, apakah ia orang kaya atau orang miskin. Tidak ada seorangpun manusia yang menginginkan kesengsaraan atau kecelakaan.
Dimanakah Kebahagiaan?
Sejak dulu lagi telah timbul pertanyaan ini. Kalaulah kebahagiaan itu sesuatu yang sangat berharga, lalu di mana ia boleh didapati? Sungguh banyak manusia yang terkeliru dalam usaha mencarinya. Mereka akhirnya bagaikan pencari mutiara di dasar laut; badan penat, hati hampa, tangan kosong tanpa membawa hasil sedikitpun.
Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Harta?
Mereka mengira kononnya kebahagiaan itu terletak pada kekayaan kebendaan dan keselesaan hidup. Berapa banyak orang yang kaya raya dan mempunyai harta yang banyak, namun hidup mereka tetap saja dalam kegelisahan dan jiwa mereka tidak tenteram?
Kalau begitu harta yang banyak bukanlah semestinya membawa kebahagiaan. Dan dia bukanlah syarat utama untuk mencapai kebahagiaan. Bahkan kadang-kadang justeru karena harta yang banyak boleh membawa seseorang kepada kesengsaraan di dunia sebelum di akhirat.
Ini sebagaimana firman Allah SWT tentang orang munafiq:
فَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلاَ أَوْلاَدُهُمْ إِنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَاَ
“Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia”.
(At-Taubah 9:55)
Yang dimaksudkan dengan “azab” dalam ayat di atas adalah kesusahan, gundah, rungsing, sedih, keresahan, sakit dan penderitaan.
Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Anak?
Memang benar bahwa anak adalah hiasan hidup di dunia.Kehadiran mereka ke muka bumi sebagai anugerah Allah memang ada yang mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup sepasang suami isteri. Tetapi tidak jarang pula kita dapati dalam kehidupan sehari-hari justeru mereka yang menjadi penyebab ibubapanya akhirnya menderita?
Kalau begitu, dengan memiliki anak tidaklah semestinya seseorang akan memperolehi kebahagiaan. Sebagaimana juga sebaliknya, jika tidak mendapat anugerah anak dari Allah itu tidak berarti seseorang itu pasti tidak memperolehi kebahagiaan.
Cara Mencari Kebahagiaan:
Manusia berbeda pendapat dalam cara mereka mencari kebahagiaan. Berbagai jalan mereka tempuh untuk memperolehinya. Perbedaan pemahaman mereka dalam hal ini sangat ketara.
Golongan I:
Mereka berpendapat bahwa kebahagiaan yang dicari itu terdapat pada keseronokan yang bersifat kebendaan dan kenikmatan yang zahir.
Golongan II:
Kebahagiaan justeru dapat diperolehi dengan cara meninggalkan segala kelazatan duniawy dan keluar dari kongkongan fitrah.
Kedua-dua pandangan di atas adalah salah karena ia tidak sesuai dengan matlamat manusia diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai Khalifah Allah.
Golongan 1 : Yang hanya menumpukan perhatiannya pada kelazatan duniawy walaupun melalui cara-cara yang tidak diredhai oleh Allah SWT. Akhlak mereka runtuh. Allah golongkan mereka sebagai golongan yang kafir dan sesat. Allah samakan derjat mereka seperti binatang karena tidak memahami matlamat dan nilai-nilai hidup.
Firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 12:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الاَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ
Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.
Golongan 2 : Yang menjauhkan diri daripada kehidupan dunia. Mereka melihat dunia dengan pandangan yang serba negatif. Mereka seolah-olah ingin keluar daripada fitrah dan realiti. Perjalanan golongan ini seolah-olah memberi kesempatan dan laluan kepada golongan pertama untuk memimpin dunia. Dan bila itu terjadi maka akan hancurlah agama dan musnahlah dunia.
Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 87:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُحَرِّمُواْ طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللّهُ لَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Hai irang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Konsep Kebahagiaan Menurut Islam:
Kalau Islam memandang kedua-dua golongan di atas keliru dalam mereka memahami makna kebahagiaan. Maka Islam memandang manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi bertanggungjawab melaksanakan tugas kekhalifahan tersebut. Insan terdiri daripada roh dan jasad. Dan jasad bukanlah musuh atau penjara bagi roh. Jasad adalah alat bagi roh untuk melaksanakan semua kewajiban tersebut. Dunia ini tempat kita beramal, ia tidak obahnya bagaikan satu medan perjuangan, bukan tempat untuk bersuka-ria tanpa batasan dan bukan pula tenpat menyiksa diri.
Allah berfirman (Al-Mulk 67:2)
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya?
Ihsan Al-‘Amal (amal yang baik) dan ayat di atas dapat tersimpul dalam hubungan baik manusia dengan Allah melalui akidah dan ibadah, dan hubungan baik manusia dengan sesama mereka melalui akhlak dan budi pekerti yang mulia.
Kebahagiaan Terdapat Dalam Diri Insan:
Kalau kebahagiaan bukan terletak pada harta yang banyak, anak, pangkat, dan kebendaan lainnya, maka kalau begitu ia adalah sesuatu yang maknawy (abstrak) tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kebahagiaan yang sebenarnya ialah sesuatu yang muncul dari dalam diri insan karena keimanannya kepada Allah SWT. Tidak seorangpun mampu mencabutnya dari seseorang jika Allah berkehendak memberikan kepadanya.
Kebendaan Yang Wajar Untuk Mencapai Kebahagiaan:
Walaupun kebahagiaan sesuatu yang abstrak (maknawy), ini tidak bermakna kita mesti tinggalkan segala bentuk kebendaan.Bukankah baginda pernah menyatakan bahwa di antara tanda-tanda manusia yang bahagia ialah mereka yang memiliki wanita yang salehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang baik?
Yang penting, jangan sampai kebendaan melalaikan kita daripada mengingati Allah.Dan barangkali inilah rahasianya mengapa Allah mendahulukan akhirat daripada dunia dalam surah Al-Qashash ayat 77 di bawah ini:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الآخِرَةَ وَلاَ تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia.

Di petik dari SINI

Selasa, 5 April 2011

Kesihatan terganggu...

Selamat pagi kengkawan semua...

dah lama blog aku ni tak berupdate,sejak minggu ni kesihatan aku asyik terganggu aje..camnelah nak bagi up sikit traffik kat blog aku nikan..kalau udah lama bebeno tak mengupdate..oklah,aku tak nak berceloteh banyak,nanti ke laut pulak orang kata..

rasa sekejab sangat masa berlalu dan sekarang dah masuk bulan APRIL dan lagi beberapa bulan pulak kita akan menyambut bulan Ramadhan,sekejab sangatkan...apa yang aku harap semoga kehidupan aku ni akan menjadi lebih ceria dan jauhkanlah aku dari segala penyakit yang berbahaya..

Amin........

Jumaat, 1 April 2011

AiReL ZaFRi 3rd BeSDaY GA

As salam di hari Jumaat ni...
Rasanya aku dah lama tak menjoinkan diri dalam GA ni...

GA ni anjuran Zu Analeeya untuk besday anaknya iaitu
Airel Zafri yang ke 3 tahun


Ini bannernya..chomelkan Ariel..kalau korang nak join PICIT SINI

Ucapan Hari Jadi untuk Airel Zafri Tersayang :

Selamat Hari Jadi Airel,semoga di panjangkan umur dan diberikan kebahagiaan selalu dan semoga menjadi seorang anak yang soleh,bertanggungjawab serta taat kepada keluarga dan orang2 tua...

Rabu, 30 Mac 2011

Jemput-jemput ikan bilis..

Morning...hari ni nak tunjuk jemput2 ikan bilis yang mak aku buat pagi tadi...sedappp tau kengkawan,bukan nak puji yang mak aku pandai buat tapi memang pun pandai dan sedap lagi...hehehe...jemput2 ikan bilis ni kalau makan dengan cili tumbuk pastu letak air asam jawa..best sesangat,makan ngan cili sos tak berapa best dan aku pun tak suka...nak tengok tak jemput2 tu..orang lain aku tak tahula panggil apa..cucur agaknya kot...
^



^



^



^

inilah dia jemput2nya,tinggal 6 ketul lagi untuk aku makan petang pulak...

Selasa, 29 Mac 2011

Menantu yang luar biasa..

Just nak share...kelakar pulak aku baca..nak tipu tak bertempat orang kata...hehehehe.........

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Isnin, 28 Mac 2011

Berpindah..

Assalamualaikum,selamat petang semua...alhamdulillah..akhirnya aku selamat berpindah kerumah aku sendiri,semoga aku dapat hidup dengan lebih bahagia di samping keluarga dan insan2 yang tercinta..walaupun rumah yang aku duduki tak sebesar mana tapi aku pasti aku boleh bahagia kerana rumahku adalah syurgaku jugak..betul tak...?

oklah nak tukar topik sikit dan lari daripada tajuk,petang2 macam ni nasib baik aku tak berapa sibuk sangat dan aku jugak baru je lepas minum petang..nak mencari idea yang dah lama dan makin lama menghilang,mungkin di sebabkan banyak benda yang harus aku fikir, idea nak berblogging pun nan ada dan kurang sesangat...insyallah...kalau idea aku datang,aku terus pamerkan di blog kesayangan aku ni...aku beli laptop pun sebab aku nak berblogging di rumah tapi ada je yang tak bagi..sebabnya broadband aku pulak slow,terpaksa tunggu 6 bulan,baru aku nak pakai streamyx..tadi aku tengok streamyx ada buat promosi...alahai berbelah bagi pulak...tensionnya....

Jumaat, 25 Mac 2011

Aku boring giler...

Assalamualaikum dan salam di petang Jumaat semua...hari ni aku boring giler dan takde mood sangat,aku nak buat entry pun rasa malas dan idea pun kurang sesangat...maaplah kalau aku tak boleh nak bw pada hari ni,insyaallah kalau ada masa aku bw di rumah jer..mungkin aku terlalu penat kot, tu yang membuat idea pun kureng dan sekarang ni otak pun zero je...owwhhh...lupa pulak gaji dah masuk,banyak seronok ....

Khamis, 24 Mac 2011

Perubahan Iklim Menyebabkan Perubahan Cuaca di Seluruh Dunia

Assalamualaikum..hari ni dah Khamis dan besok pulak dah hari Jumaat, terasa cepat sangat waktu berlalu..sekarang ni kat tempat aku cuaca tengah hujan lebat dan keadaan dingin sangat tau...mungkin kerana keadaan iklim dunia dah berubah tu yang asyik hujan je sekarang...kalau kengkawan nak tahu sebab apa iklim dunia ni berubah,jom ita baca...:

Baru-baru ini, gelombang panas telah melanda di negara-negara yang terletak di hemisfera utara yang baru memasuki musim panas.

Di Eropah, banyak negara seperti Jerman, Sweden, Itali, Sepanyol dan Perancis yang sedang mengalami ‘serangan’ gelombang panas ini. Di Jerman, purata suhu mencecah 34 darjah selsius. Di Sweden pula, suhu yang tinggi menyebabkan landasan keretapi telah membengkak dan menyebabkan jadual keretapi tergendala. 
 
Di Itali dan Sepanyol, purata suhu yang mencecah 40 darjah selsius di mana ia memaksa kerajaan Sepanyol untuk mengumumkan darurat di lapan buah negeri.

Di Rusia pula, sebanyak 285 orang lemas semasa beriadah di sungai dan kolam untuk menyejuk suhu badan mereka. Suhu tinggi juga menyebabkan kebakaran hutan di negara itu.

Di India, suhu tinggi yang mencecah 50 darjah selsius telah menyebabkan kematian sebanyak 300 orang. Mengikut laporan, sekadar minggu lepas di bahagian utara india saja, sebanyak 30 orang telah maut akibat daripada kepanasan yang melampau.

Di Arab Saudi, ribut pasir dan cuaca yang panas telah menyebabkan permintaan tenaga elektrik yang tinggi. Oleh sebab itu, bekalan elektrik di sesetengah kawasan di bahagian barat sering terputus kerana tidak dapat menampung permintaan bekalan.

Menurut pakar, salah satu sebab gelombang panas berlaku disebabkan oleh pemanasan yang berterusan di sesuatu tempat yang tekanannya tinggi atau tidak mempunyai hujan atau awan. Ini akan menyebabkan udara dan permukaan tanah terlampau panas dan gelombang panas akan terbentuk. Fenomena El Niño dan La Niña akan menyebabkan kesan pemanasan yang lebih teruk.

Ahli kaji cuaca meramalkan bahawa pada masa depan, seluruh dunia akan mengalami kesan gelombang panas yang lebih teruk dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Di Malaysia pula, kita sedang mengalami fenomena La Niña yang menyebabkan hujan lebat dengan tidak menentu. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, sila ambil langkah-langkah seperti di bawah:
a) Membawa payung jika hendak keluar dari rumah.
b) Elakkan berada di tanah lapang dan di bawah pokok semasa petir berlaku.
c) Mengumpul air hujan untuk diguna semula seperti mencuci kereta, menyiram tanaman dan membersihkan tandas.
d) Membuat persediaan untuk menghadapi banjir sekiranya hujan turun berterusan.
e) Tidak membuat membuang sampah ke dalam longkang agar ia tidak tersumbat.

Sumber aku ambil kat SINI

Rabu, 23 Mac 2011

Ubat kuruskan badan

Selamat pagi semua...korang pernah tak makan ubat untuk kuruskan badan..aku ni macam2 dah makan tapi badan aku still gemuk berisi lagi...takmo la panggil gemuk macam tak best la pulak..hehehe....sekarang ni aku tengah mencuba makan detox pulak..inipun kawan yang beri tahu,kalau tak aku ni dah tak larat nak mencuba,redhakan ajelah badan aku yang sebegini je..
Inilah rupanya..aku baru minum 3-4 hari camtu,orang cakap bila kita minum detox ni..mula2 kita akan berasa nak membuang je tapi bagi aku bila minum air dia aku rasa sedap tapi tak de pun nak membuang...adakah perut aku ni tak berkesan atau bak kata adik aku,aku punya kulit perut terlalu tebal sampaikan apa yang aku minum tak boleh nak lawas...macam2lahkan...dulu sebelum aku nak pregnant aku adalah try nimum jus diet mate5,airnya aku tak lalu sangat tapi bolehla kalau nak minum seteguk...tak sampai 15 hari aku minum rasanya,aku gi checkup,rupanya badan ku sudah ada isi..tak jdlah nak menguruskan badan...lepas tu adalah aku try minum slimming tea..kalau tak silap aku jenama ni
dan yang ini pun aku pernah minum..kalau nak diikutkan memang banyak minuman untuk kuruskan badan tapi aku ni bila dah minum beberapa hari pastu dah tak lalu terus tinggal macam tu je..tu agaknya badan dah tak mahu kurus kot...apa2pun aku sekarang ni tengah nak cuba makan detox ni dulu,kalau tak ok jugak kena pasrahkan ajelah...huhu...

Isnin, 21 Mac 2011

Lapar giler...

Assalamualaikum,selamat pagi dan dah nak tengahari pun..perut aku sekarang tengah berbunyi2 menyanyikan lagu dangdut kot...pagi tadi aku tak makan apa2 pun..tu yang membuatkan perut ni berbunyi aje...hari ni aku terpaksa ambil cuti setengah hari sebab ada kerja yang perlu aku bereskan dan harap2 dapatlah hendaknya...nak jugak cerita sikit pasal anakku Sarah yang sekarang ni asyik sangat la dengan meragam yang amat mungkin tengah nak membesar kot...aku sampai tak terlayan di buatnya...pagi tadi mak aku telefon bg tahu yang sarah menangis bila bangun dari tidur,menangis sebab tengok ibu dia takdela...aiii...macam2 anak ibu sekarang...
tengok...muka dah nampak garang...sebab lapo sangat....