Nuffnangku...

Khamis, 24 Mac 2011

Perubahan Iklim Menyebabkan Perubahan Cuaca di Seluruh Dunia

Assalamualaikum..hari ni dah Khamis dan besok pulak dah hari Jumaat, terasa cepat sangat waktu berlalu..sekarang ni kat tempat aku cuaca tengah hujan lebat dan keadaan dingin sangat tau...mungkin kerana keadaan iklim dunia dah berubah tu yang asyik hujan je sekarang...kalau kengkawan nak tahu sebab apa iklim dunia ni berubah,jom ita baca...:

Baru-baru ini, gelombang panas telah melanda di negara-negara yang terletak di hemisfera utara yang baru memasuki musim panas.

Di Eropah, banyak negara seperti Jerman, Sweden, Itali, Sepanyol dan Perancis yang sedang mengalami ‘serangan’ gelombang panas ini. Di Jerman, purata suhu mencecah 34 darjah selsius. Di Sweden pula, suhu yang tinggi menyebabkan landasan keretapi telah membengkak dan menyebabkan jadual keretapi tergendala. 
 
Di Itali dan Sepanyol, purata suhu yang mencecah 40 darjah selsius di mana ia memaksa kerajaan Sepanyol untuk mengumumkan darurat di lapan buah negeri.

Di Rusia pula, sebanyak 285 orang lemas semasa beriadah di sungai dan kolam untuk menyejuk suhu badan mereka. Suhu tinggi juga menyebabkan kebakaran hutan di negara itu.

Di India, suhu tinggi yang mencecah 50 darjah selsius telah menyebabkan kematian sebanyak 300 orang. Mengikut laporan, sekadar minggu lepas di bahagian utara india saja, sebanyak 30 orang telah maut akibat daripada kepanasan yang melampau.

Di Arab Saudi, ribut pasir dan cuaca yang panas telah menyebabkan permintaan tenaga elektrik yang tinggi. Oleh sebab itu, bekalan elektrik di sesetengah kawasan di bahagian barat sering terputus kerana tidak dapat menampung permintaan bekalan.

Menurut pakar, salah satu sebab gelombang panas berlaku disebabkan oleh pemanasan yang berterusan di sesuatu tempat yang tekanannya tinggi atau tidak mempunyai hujan atau awan. Ini akan menyebabkan udara dan permukaan tanah terlampau panas dan gelombang panas akan terbentuk. Fenomena El Niño dan La Niña akan menyebabkan kesan pemanasan yang lebih teruk.

Ahli kaji cuaca meramalkan bahawa pada masa depan, seluruh dunia akan mengalami kesan gelombang panas yang lebih teruk dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Di Malaysia pula, kita sedang mengalami fenomena La Niña yang menyebabkan hujan lebat dengan tidak menentu. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, sila ambil langkah-langkah seperti di bawah:
a) Membawa payung jika hendak keluar dari rumah.
b) Elakkan berada di tanah lapang dan di bawah pokok semasa petir berlaku.
c) Mengumpul air hujan untuk diguna semula seperti mencuci kereta, menyiram tanaman dan membersihkan tandas.
d) Membuat persediaan untuk menghadapi banjir sekiranya hujan turun berterusan.
e) Tidak membuat membuang sampah ke dalam longkang agar ia tidak tersumbat.

Sumber aku ambil kat SINI

Tiada ulasan: