Nuffnangku...

Jumaat, 4 Mac 2011

Maisarah setelah 2 tahun :-p

Nak cerita sikit tentang perangai Maisarah setelah berumur 2 tahun..aku harap dapatlah dia membaca kerenah diri dia diblog aku ni bila dah besar nanti..walaupun aku tak pasti bila besar nanti ada lagi ke blog ni dan yang pasti aku akan cerita semuanya.

Setelah umurnya 2 tahun perangai Maisarah barulah aku nampak sikit2..nak tahu apa perangainya...

  • Sekarang ni dia suka membuli orang,habis anak buah aku dan anak yang makku jaga dia buli...geram aku...ada je dia nak buat orang..
  • Sekarang ni dia dah pandai melompat dan menari,dengarlah lagu apapun pasti bontot nya bergoyang saje.
  • Dah tak minum susu lg,tapi selalu nak minum air milo..kalau boleh nak suruh tiap2 hari buat milo ais je..
  • sekarang ni jugak,bila bangun je tido,mesti menangis panggil ibu atau ayah dia,selama ni takdelah pulak
  • alhamdulillah...sekarang ni dah pandai baca bismillah bila nak makan dan cakap assalamualaikum bila datang rumah orang
  • Suka meragam tak tentu pasal,masa kecik tak pandai nak meragam...
  • Suka membaling barang bila dah tak mahu menggunakannya..
  • Dah pandai menjawab sesuatu bila kita bertanya..Cthnya: ayah ada mana?ayah pergi kerja naik apa?cepat aje dia menjawab..
  • Suka ajak kita berjalan..
  • sekarang ni jugak dah pandai nak memilih baju apa yang nak dipakai,kalau tak ikut mesti nak mengamuk..

Rasanya ini je yang aku parnah nampak perangai maisarah,semoga besar nanti dia dapat menjadi anak yang solehah ,beriman dan bijaksana...doa dariku untuknya...


 Tengoklah gambar ni...sekarang ni pun susah nak tangkap gambar dia,ada je cara bg kita geram...

1 ulasan:

Zur@ZaRi berkata...

macam2 pangai anak ni kan... kena banyak sabo jer.. adam pun samer...

tp maisarah da pandai cakap eh.. kagum!!