Nuffnangku...

Selasa, 21 September 2010

Bersambung cerita Raya lagi..

Selamat petang..tadi aku dah cerita tentang Raya Pertama,ni nak cerita tentang aku ke Perlis pulak..Di saat kita menyambut Hari raya rupanya ada insan yang sedang berduka..dia adalah birasku iaitu adik ipar aku punya suami,di mana sudah masuk 2 bulan ianya terlantar sakit,mula2 penyakitnya cuma ketumbuhan dalam perut,bila dapat tahu diapun segera melakukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu dan selepas ketumbuhan itu di buang dia kembali tumbuh,adakah salah pihak hospital yang membuat semua ini,rasanya kalau dah di buang ketumbuhan itu pastinya takkan tumbuh lagi,tapi aku kurang pasti dengan penyakit ini..yang pastinya jugak,semuanya adalah cubaan Allah terhadap umatnyakan..okla dah melalut pulak,pas semalaman dari perlis,esoknya aku ke Pulau Pinang..ini pun sebab nak tengok pakjang sebelah suamiku yang sakit..Hari Raya aku tahun ni hanyalah melawat orang2 yang sakit,aku sampai ke Pulau Pinang pun dah malam,mana taknya hari tu jem yang teramat-amat sangat,mesti kawan2 tahu apa puncanyakan..
gambar on the way ke Perlis

budak yang seronok sangat dapat berjalan

kereta Paklong yang sesat

Suamiku yang tenang sahaja bila memandu...hehe

ni gambar on the way ke penang pulak..

gambar yang jem teruk ,kereta pun pelan2 je bawak..
maafla..gambar birasku tak dapat ambil sebab dia asyik tido je tu yang aku taknak ambil...then nanti apa2 mengenainya aku akan cerita untuk kawanku semua...

5 ulasan:

makbed berkata...

Kak, ketumbuhan boleh tumbuh balik. Tu pasal nama dia keTUMBUHan.

mamalieyna berkata...

sebahagian ujian Allah utk umatnya kan..hope mereka2 yang sakit tu cepat sembuh..

waah seronok nmpk dak budak tu..dpt jenjln nek kete, sukalah kan..

makbed berkata...

jalan sini lak

http://gelastakpenuh.blogspot.com

norihan berkata...

Liza:agaknyalah kot..

norihan berkata...

iena,harap2 macam tulah..sebab semuanya dah ada anakkan...
Sarah kalau dapat berjalan tosah cakap..seronok memanjang