Nuffnangku...

Jumaat, 4 Mac 2011

Nak kahwin ,mesti ada perasaan cinta..

Assalamualaikum,salam di hari Jumaat..kengkawan semua..aku nak tanya korang sikit, tadi ada kawan aku bertanya kat aku,perlukan dalam sesebuah perkahwinan perlu ada perasaan cinta...?untuk pengetahuan korang,kawan aku ni umurnya udah masuk 30 tahun  dan insan yang ingin melamarnya baru berumur 26 tahun,beza antara umur kawanku ngan lelaki tu takdelah jauh sangat..yang menjadi masalahnya dia belum ada perasaan apa2 kat lelaki tu,sebab dia hanya menganggap lelaki tu sebagai kawan sahaja...sebenar nya aku pun tak tahu nak beri jawapan apa kat kawanku itu sebab aku berkahwin pun atas dasar cinta gak,tak tahu macam mana bila seseorang itu kahwin takder perasaan cinta...bagi akulah perasaan cinta tu hadir bila seseorang tu menyayangi diri kita seadanya tanpa memilih kita atas dasar apa pun dan sanggup mengharungi susah dan senang bersama,serta sanggup menitiskan air mata kalau kita berjauhan..haha..bonus bg aku(sebab laki aku pernah menangis kerana berjauhan dengan aku masa bertunang dulu..walaupun dari segi fizikal dia nampak ego dan keras tapi bila mak dia cakap dia menangis sebab aku takde, tu yang membuat aku berasa sayang sangat dengannya,kerana air mata lelaki susah kita nak lihat...)kalau kita tkde langsung perasaan cinta pun susah jugak...kerana hidup sesorang perlu ada cinta dan sememangnya cinta itu lebih baik dan indah kalau kita mencintai penciptanya sekali...

2 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

yang penting diri sendiri kena cuba untuk mencintai..bukan hanya menghrpkan perasaaan tu dtg dgn sendirinya..hu~..

cinta itu indah, kalau ada perasaan tu pd pasangan, lebih erat rasa ikatan!

Myra Jay berkata...

Bg MJ kak, apa yg penting laki tu kalau sayang dan cinta kat kita sepenuh hati, insyaAllah perasaan cinta kita akan wujud untuk laki tu selepas berkahwin kelak, percayalah, cinta selepas kawen lebih indah :)