Nuffnangku...

Khamis, 17 Februari 2011

Kenapa sekarang ni banyak cerita hantu..?

Aku tak fahamla dengan zaman sekarang ni,sana sini cerita hantu terlampau banyak,sehinggakan di tv dan juga di panggung pun menayangkan cerita-cerita hantu,dahlah aku ni seorang yang penakut...walaupun dah ada anak,perasaan takut tu sering datang apalagi bila aku tengok cerita yang seram-seram,bila bunyi yang menakutkan,tu semua membuatkan aku sering teringat2 dan terbawak2 sampai kedalam mimpi...pernah satu hari tu aku tengok cerita Jangan Pandang Belakang,masa tu seingat akulah cerita tu tengah laku lagilah..aku tengok cerita tu dengan suami dan masa tu aku belum ada anak lagi..waktu aku tengok cerita tu jam dah menunjukkan dalam pukul 11 setengah malam,habis cerita pukul 12,lepas habis je cerita tu aku dan suami pun masuklah tidur...tapi aku tak boleh nak tidur,mata asyik dok memandang kat tingkap luar je...mana taknya..rumah aku ni jauh pulak dengan rumah orang,fikiran asyik dok teringat cerita yang ditengok,tu yang membuatkan aku jadi takut sampai nak tidur  pun tak boleh...
Sekarang ni kalau nak tengok cerita hantu,kalau ada orang ramai disisi aku,baru aku tengok,kalau tak jangan haraplah aku nak bukak dan tengok sorang2,mahu nangis dibuatnya...haha....tapi kalau cerita hantu cina aku takdelah takut sangat sebab hantu  dia orang tu melompat2,kelakar gila beb....
cerita ngangkung ni cerita hantu gak tapi kelakar dan aku taklah takut sangat...
Damping Malam ni takut jugak aku tengok sebab banyak membuat aku terkejut2....dan yang terbaru di pawagam
yang cerita ni aku tak tengok lagi...nampak seram jugaklah...agaknya kalau dia orang buat cerita hantu dan seram,filem dia orang pasti akan laris dan meletop..tu yang sekarang ni banyak sangat cerita hantu...layankan ajelah,nak buat lagu mana...?

Tiada ulasan: