Nuffnangku...

Sabtu, 29 Januari 2011

Info (Komplikasi Bersalin secara pembedahan)

Salam Jumaat SEMUA...just nak share apa yang aku dapat,walaupun aku belum mengandung lagi untuk yang kali kedua ,tapi dulu aku pernah bersalin secara pembedahan dan aku saja letak kat sini untuk aku tahu dan berkongsi bersama ye...

Meskipun mempunyai kemudahan perubatan moden dan pembedahan adalah selamat, ia masih ada risiko komplikasi. Antara komplikasi yang mungkin dialami ibu ialah:

  • Kesan ubat bius (terutama yang menerima bius penuh atau menyeluruh)

  • Risiko berlebihan ubat bius (biasanya pada wanita terlalu gemuk yang diberi bius menyeluruh)

  • Jangkitan pada luka pembedahan

  • Luka pada organ bersebelahan rahim

  • Kehilangan banyak darah

  • Mual, muntah dan sakit kepala (disebabkan penggunaan ubat bius dan prosedur pembedahan)

  • Luka lambat sembuh

  • Risiko bekas luka pada rahim pecah pada kehamilan seterusnya

  • Kematian (jarang berlaku. Bagi pembedahan yang dirancang, kadar kematian sangat rendah iaitu hanya enam dalam 100,000 pembedahan; manakala kematian akibat pembedahan kecemasan lebih tinggi iaitu 18 dalam 100,000 pembedahan bersalin)

  • Mengehadkan saiz keluarga. Biasanya doktor hanya membenarkan seseorang wanita bersalin secara pembedahan tiga kali. Bagaimanapun, ada juga kes wanita dibenarkan mempunyai anak melebihi empat atau lima melalui pembedahan) jika dia menjaga kesihatannya dengan baik. Namun kes begini sangat jarang berlaku.Ini untuk mengurangkan risiko parut pada rahim pecah. Apabila dibedah, dinding rahim ditoreh bagi membolehkan bayi dikeluarkan. Luka meninggalkan parut. Bahagian berparut agak lemah dan boleh pecah. Sebab itu anda perlu memberitahu doktor jika pernah bersalin secara bedah apabila mengandung lagi.

    Kadang2 aku pun merasa sakit lagi di tempat yang dibedah...aku tak sure kenapa boleh rasa lagi,sedangkan anakku Sarah dah nak masuk 2 tahun....adakah aku terlalu banyak mengangkat benda yang berat2 tapi rasanya tak pernahlah aku angkat barang yang berat2 ataupun itu adalah normal bagi orang yang bersalin secara pembedahan..
    untuk tahu selanjutnya boleh klik DISINI



  • 2 ulasan:

    mamalieyna berkata...

    eina dulu alhamdulillah tak teruk sgt after c-ser..still boleh berjln ke hulu ke hilir dan siap mandi lg kt spital tu..huhu..tp tengokkan seorang lg yg kena c-ser bersebelahan eina, nmpk dia sgt teruk kesannya, muntah, berdarah dgn byk dan longlai tgk dia..huhu..nasib la eina tak mcm tu..

    tp skrg ni, kdg2 bleh terasa lg cam gatai2 kt situ, then kesan gamnye tu, tak betul2 pulih la..berkedut je, nmpk cacat..huhu..

    hope next bleh la normal..thanks sudi kongsi info ni..

    norihan berkata...

    sama2 iena,tulakan kadang2 kita tak tahu apa2 yang berlaku selepas c-ser ni...tapi kita kena jaga dari dia sakit balik...
    harap2 kali kedua boleh normal pulakkan...