Nuffnangku...

Sabtu, 22 Januari 2011

udah lama tak bersiaran...

Salam di hari Jumaat...dah lama aku tak bersiaran,rasa rindu ngan blog aku yang tak seberapa ni...maaflah kalau sesapa yang banyak datang blog aku tapi aku takde mengupdate apa2 4 hari lepas...coz aku tak berapa nak sihat dan anak aku Maisarah pun tak sihat jugak...aku terpaksa bercuti pada hari Rabu aritu then bersambung pulak dengan cuti hari Thaipusam..lamakan...
Sebenarnya aku nak ceritalah sikit tentang keadaan anakku Sarah yang masuk hari ni dah 5 hari dia muntah2,aku pun tak pasti sebab apa dia muntah  akupun dah bawak gi klinik kerajaan dan swasta tapi dia still muntah juga sikit2,bila habis je minum susu mesti dia muntah...sampaikan aku tengok dia pun dah tak bertenaga sangat,masa aku gi klinik kerajaan,doktor cakap dia ada cacing tapi tak boleh nak bagi ubat lagi sebab anak aku belum 2 tahun lagi,pastu esoknya aku gi klinik swasta pulak,doktor cakap takut salah makan ,dia adalah bagi ubat tahan muntah dan ubat angin semua bagai,masalahnya sekarang ni anak aku Sarah tak leh nak minum susu lagi..kalau makan nasi dia boleh jugaklah masuk...apa pendapat kawan2 ye tentang penyakit anak aku ni..sebab rata2 aku tanya, dia orang cakap Sarah ada cacing tu yang muntah2...pening bila tengok dia tak sihat camni...
Maisarah yang kurang sihat tapi mampu senyum lagi....
Semoga anakku Sarah sihat dan ceria selalu...ibu sayang Sarah tau..

1 ulasan:

Kak Amy berkata...

sarah sangat comel..