Nuffnangku...

Rabu, 9 Februari 2011

Perluke membezakan taraf...

Kadang kala hidup kita ini penuh dengan cabaran dan dugaan...manusia semakin hari semakin ramai, ada yang hidup kaya raya,ada jugak yang hidup dalam serba kesederhanaan dan ada pula yang hidup dalam kemiskinan..bak kata orang,rambut sama hitam tapi hati lain2,begitu jugak dengan taraf ada yang di atas dan ada juga yang di bawah..tapi adakah itu semua perlu dalam kehidupan seseorang..
Mungkin kengkawan juga pernah mengalami situsai sebegitu,kadang-kadang ada orang yang selalu memilih kasih antara kawan-kawan dan jugak keluarga ..tapi bagi akulah,perangai sebegitu tak patut ada dalam diri kita sebagai seorang Islam kerana Islam menggalakkan kita supaya dapat hidup bersatupadu sesama umatnya dan menjauhi segala yang dilarang olehnya...Walaupun aku bukanlah seorang yang terlalu pandai dalam hal2 begini tapi kita sebagai umat Islam boleh mencontohi kempimpinan Nabi Muhammad s.a.w kerana
KEPIMPINAN Nabi Muhammad adalah yang terbaik dan perlu dijadikan contoh. Antara sikap baginda adalah sentiasa bersikap berlapang dada. Baginda tidak mudah berasa tertekan atau kelam kabut apabila berdepan dengan situasi tidak disenangi. Baginda sentiasa menggunakan pendekatan tenang dalam melihat sesuatu masalah dan beliau juga memilki peribadi yang unggul iaitu sentiasa mengamalkan pergaulan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa membeza-bezakan antara sahabat dan sesiapa yang ditemuinya.Oleh sebab itu kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w patut mencontohi sikap yang ada pada diri Baginda dan aku sebagai umatnya ingin sentiasa mempunyai sikap seperti Baginda....
Di harap aku dan kengkawan semua dapat mencontohi sikap Nabi Muhammad s.a.w...Wallahualam...

2 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

insyaallah..kalau kita sentiasa ingt mengingati..tauladan yg baik patt dijadikan panduan hidup kita sehari2..

moga hidup kita sentiasa diberkati..insyaallah.. Aminn..

norihan berkata...

Aminn...semoga hidup ini di berkati seadanya..