Nuffnangku...

Isnin, 11 Oktober 2010

banyak keja wooo..........

Selamat petang kawan2 semua...dah petang pun,baru aku nak mula bercerita..hehe..keja banyak wooo...hemmm..hari tu aku ada janji nak cerita bersama kawan2 semua tentang biras ku yang sakit hari tu iaitu suami kepada adik iparku..kan...kalau kawan2 tak ingat bolehla  KLIK SINI sebenarnya malam khamis lepas aku ke Hospital Pulau Pinang,aku ke sana pun dalam pukul 8.00 malam,sampai adalah dekat2 jam 10.30 macam tula..aku pergi sebab birasku terpaksa di bawa balik kerana keadaannya teramatlah kritikal dan pihak hospital tak dapat menerimanya,bila aku tengok dirinya yang terlalu sakit aku tak dapat menahan air mata kerana dia cuba melawan penyakitnya itu dan bila mengenangkan anaknya yang baru berumur 2 tahun lebih itu akan kehilangan ayahnya,hati ku terus menjadi sayu..kenapa dia harus jadi macam ni....anak itu baruje pandai menyebut ayah dan tak lama lagi akan kehilangan ayahnya ...walaupun doktor mengatakan yang dia tak akan hidup lama tapi aku dan keluarga cuba berikhtiar dengan cara kampung atau tradisional pula..sebab aku tahu doktor bukannya ALLAH yang tahu bila masanya seseorang itu akan mati..aku harap birasku itu dapat kembali pulih sedia kala..
inilah gambar anaknya  iaitu Rabiatul Adawiyah..
aku harap kawan2 dapat berkongsi cerita ni dan aku bercerita bukan untuk meminta simpati ke atau apa2,cuma aku nak meluahkan apa yang selama ini aku simpan...

2 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

semoga biras kembali sembuh dgn izin Allah..Insyaallah..mana tak bleh diusahakan, kita ushakan..kan..

norihan berkata...

yelah iena,apa yang kita boleh buat,kita buat..tak semestinya gunakan doktor ajekan...